fbpx

Mahfuz lawan Mohd. Radhi di Alor Mengkudu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Enam calon PH dan PN berentap bagi merebut kerusi DUN pada PRN ini.

ALOR SETAR – Pernah bertembung di Parlimen Pokok Sena pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Datuk Mahfuz Omar sekali lagi bertemu dengan calon Pas, Mohd. Radhi Mat Din di Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ini.

DUN Alor Mengkudu merupakan antara tarikan kerusi panas di Parlimen Alor Setar yang menjadi perhatian dalam PRN ini.

Pertembungan satu lawan satu turut berlaku di DUN Suka Menanti antara penyandangnya, Datuk Zamri Yusuf dari PKR dan Dzowahir Ab. Ghani (Bersatu).

Sementara di DUN Kota Darul Aman pula, penyandangnya, Teh Swee Leong (DAP) ditentang oleh calon Perikatan Nasional, Chuah See Seng (Gerakan).

Proses penamaan calon itu berjalan lancar dengan Swee Leong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) itu mendahului proses penamaan calon yang bermula pukul 9 pagi Kompleks Dewan Belia dan Sukan, di sini hari ini.

Pengurus Pilihan Raya, Datuk Mohd. Yusri Md. Daud mengumumkan pihaknya menerima secara rasmi enam pencalonan berkenaan setelah proses penamaan ditamatkan pada pukul 10 pagi.

Pekarangan kompleks berkenaan mula dibanjiri penyokong parti masing-masing pada pukul 8.30 pagi yang berarak dengan bendera parti masing-masing sebelum calon memasuki dewan pada pukul 9 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI