fbpx

Lucunya parodi baju gergasi Aina Abdul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar antara video parodi Aina Abdul yang popular dalam TikTok.

SEJAK Aina Abdul kerap muncul dengan fesyen-fesyen pelik, ramai yang mula menjadi kreatif membuat video parodi dan menghasilkan busana yang seakan-akan sama.

Kali ini, fesyen busana ‘blazer’ gergasi yang dipakai Aina pada sebuah majlis anugerah baru-baru ini pula menjadi ikutan ramai.

Pelbagai usaha dan gelagat lucu dilakukan oleh beberapa individu bagi mendapatkan gaya seperti Aina.

Lucunya, ada yang membalut dan ‘menyorok’ di dalam kain berwarna merah demi merealisasikan busana gergasi tersebut.

Gelagat tersebut mengundang tawa ramai yang rata-rata berpendapat mereka sangat kreatif dan lucu.

“Sakit mulut gelak dengan perangai masing-masing. Laju betul buat kerja!

“Adoi, siap tukar nama lagu menjadi Terus Jalan Mati. Lawaklah!” komen netizen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI