fbpx

Liga Super: Ifedayo muncul wira Sang Kenari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Barisan pemain Kedah Darul Aman (KDA FC) meraikan gol tunggal yang dijaringkan Ifedayo untuk menewaskan Kuching City sebentar tadi. - Foto ihsan Facebook KDA FC

PETALING JAYA – Pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) merekodkan kemenangan ketiga berturut-turut dalam kancah Liga Super selepas menewaskan Kuching City 1-0 di Stadium Negeri, Kuching sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, skuad Sang Kenari kendalian Nafuzi Zain membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan diketuai tonggak import seperti Ifedayo Olusegun dan Manuel Hidalgo.

Kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan tetapi jaringan tunggal hanya terhasil menerusi jaringan Ifedayo yang bijak menyudahkan bola sepakan sudut Manuel Hidalgo pada minit ke-39.

Pasukan pelawat semakin ghairah untuk menambah gol pada babak kedua tetapi gagal menembusi benteng pertahanan skuad The Cats dengan keputusan kekal sehingga wisel penamat.

Kemenangan tersebut menyaksikan Kedah kini kekal ditangga ketiga Liga Super selepas mengutip 37 mata manakala Kuching City pula masih berada di zon penyingkiran di tempat ke-13 dengan meraih tujuh mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI