JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki yang disangka meninggal dunia ketika sedang sujud tetapi dia sebenarnya tertidur ketika solat akibat keletihan, lapor laman berita Okezone hari ini.
Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @viralsekali.
Beberapa pegawai forensik dan pengawal keselamatan cuba memindahkan seorang lelaki yang disangka meninggal ketika solat akibat sujud terlalu lama.
Ketika salah seorang daripada mereka memegang lelaki tersebut, badannya bergerak dan dia kemudian bangun daripada posisi sujud dalam keadaan mengantuk.
Lelaki itu didakwa tertidur ketika solat akibat terlalu penat bekerja.
Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.
“Walaupun dalam keadaan penat dan mengantuk, pak cik masih menunaikan solat,” komen seorang netizen. – Agensi