fbpx

Lebih 400 individu ditahan menerusi Op Cantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin Husain ketika membuat pemantauan pada hari penamaan calon di enam buah negeri, di Bukit Aman, Kuala Lumpur, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lebih 400 individu ditahan membabitkan pelbagai kesalahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) menerusi Op Cantas di enam negeri sempena berlangsung Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15).

Ketua Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, seramai 82 pasukan Op Cantas dengan keanggotaan seramai 1,459 pegawai dan anggota ditempatkan di lapangan sepanjang tempoh berkempen dan pasca pengundian di enam negeri terbabit.

“Mereka akan memantau rapi perjalanan kempen termasuk di lokasi panas bagi mengelak insiden tidak diingini.

“Op Cantas ini sudah bermula sejak pertengahan bulan Mei di Kelantan dan lima lagi negeri bermula 29 Jun lepas dengan tangkapan melebihi 400 orang,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, hari ini.

Sementara itu, beliau menyifatkan proses penamaan calon di 173 lokasi di enam buah negeri terlibat dengan PRN15 pagi tadi, berjalan dengan lancar.

katanya, tiada insiden yang berlaku sepanjang proses tersebut termasuk isu berkaitan 3R (raja,agama,bangsa).

“Proses penamaan calon di 245 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berjalan lancar, saya rumuskan dekat sini semua calon dan juga penyokong semakin matang dalam proses penamaan calon kali ini.

“Kami berterima kasih (atas kerjasama) penyokong-penyokong parti politik bertanding yang berada sejak pukul 9 pagi tadi,” katanya.

Tambah Razarudin, seramai 17,176 anggota polis serta bantuan daripada 572 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditempatkan di lapangan sepanjang PRN15.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI