fbpx

Kebaya diwartakan sebagai warisan tidak ketara UNESCO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEBAYA akan diwartakan sebagai warisan tidak ketara Unesco.

MELAKA – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dalam usaha untuk mendapatkan pengisytiharan pakaian tradisional kebaya sebagai warisan tidak ketara di bawah Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) MOTAC, Datuk Mohd. Zamri Mat Zain berkata, Malaysia antara lima negara yang akan mengemukakan penilaian itu di bawah pencalonan bagi kategori ‘Representative List Of Intangible Cultural Heritage of Humanity (ICH)’ bagi tahun 2023.

Jelasnya empat negara lain termasuklah Indonesia, Thailand, Brunei dan Singapura.

“Kita dalam proses untuk memartabatkan kebaya ini di bawah UNESCO, bukan sahaja bagi negeri Melaka tetapi Malaysia secara keseluruhannya untuk mengangkat lagi aset budaya dan warisan negara.

“Kita akan ketengahkan hasrat ini sabagai salah satu usaha memanifestasi warisan tidak ketara ke peringkat dunia,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Festival Merakyatkan Seni Budaya @ Jonker Walk di Tokong Cheng Hoon Teng, di sini malam tadi.

Terdahulu program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman.

Sementara itu, Abdul Razak memberitahu, semalam MOTAC meluluskan peruntukan khas di bawah program UNESCO sebanyak RM25 juta dan tambahan RM5 juta sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2024.

“Peruntukan RM25 juta ini adalah untuk memelihara dan memulihara kawasan UNESCO, maknanya bangunan-bangunan yang telah digazetkan di bawah pertubuhan itu seperti mahkamah lama, Stadthuys dan Bukit Melaka.

“Manakala RM5 juta diberikan itu adalah bajet bagi promosi TMM 2024 termasuklah program-program untuk menguar-menguarkan TMM yang dibuat pada tahun ini,” katanya.

Tambahnya, peruntukan itu juga akan digunakan untuk menjalankan semula kajian terowong lama yang sebelum ditemui dan dipercayai telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI