fbpx

Helikopter tentera Australia terhempas, empat hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan sebuah helikopter MRH-90 Taipan. – AGENSI

CANBERRA, Australia – Empat kru tentera Australia hilang selepas hekilopter mereka jatuh ke dalam air di perairan timur laut negara itu semasa latihan tentera, kata Menteri Pertahanan, Richard Marles hari ini.

Helikopter jenis MRH-90 Taipan itu terhempas lewat malam tadi di luar pantai Pulau Hamilton, negeri Queensland, semasa menyertai latihan Talisman Sabre, melibatkan 30,000 anggota tentera.

“Empat kru itu masih belum ditemui,” kata Marles selepas pencarian selama hampir 12 jam yang diteruskan hari ini.

Pegawai-pegawai pertahanan mengumumkan penangguhan seketika latihan tentera itu yang turut melibatkan anggota tentera dari Jepun, Perancis, Jerman dan Korea Selatan.

Latihan tentera itu memasuki minggu kedua dan menguji keupayaan logistik, pertempuran darat, pendaratan amfibia dan operasi udara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI