CYBERJAYA – Dewan Undangan Negeri (DUN) N55 Dengkil menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Parti Utama Rakyat (PUR) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Mereka adalah Datuk Mohd Daud Leong Abdullah (PUR), Noorazli Said (BN), Datuk Seri Jamil Salleh (PN) dan Darren Ong (PSM).
Pengumuman calon bertanding diumumkan Pegawai Pengurus PRN Sepang, Datuk Abd. Hamid Hussain di Dewan Semarak, di sini pagi ini.
DUN Dengkil sebelum ini dimenangi Adhif Syan Abdullah dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).
Proses penamaan calon berjalan lancar dengan kumpulan penyokong parti mula berkumpul seawal pukul 7.30 pagi. – KOSMO! ONLINE