fbpx

Demi cinta gadis China kembara ke Pakistan untuk kahwini kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gao Feng sanggup pergi ke Pakistan dari China untuk berkahwin dengan kekasihnya hatinya. - Foto Twitter

KARACHI, Pakistan – Dalam satu lagi kisah cinta rentas sempadan, seorang wanita China nekad mengembara ke wilayah Khyber Pakhtunkhwa di Pakistan untuk berkahwin dengan lelaki yang dikenali dan jatuh cinta di media sosial, kata polis kelmarin.

Wanita dikenali sebagai Gao Feng itu tiba di Islamabad minggu lalu melalui jalan darat dari China. Dia merentasi  melalui bandar Gilgit menggunakan visa lawatan selama tiga bulan. 

Gadis berumur 21 tahun itu diambil oleh kekasihnya yang berusia 18 tahun, Javed. Remaja itu merupakan penduduk daerah suku Bajaur yang bersempadan dengan Afghanistan, kata polis.

Javed membawa wanita itu ke rumah bapa saudara sebelah ibunya di Samarbagh Tehsil, Daerah Dir dan bukannya kampung halamannya kerana keadaan keselamatan di Daerah Bajaur bersempadan dengan Afghanistan agak tidak menentu.

Menurut polis, kedua-duanya berhubung melalui aplikasi Snapchat sejak tiga tahun lalu dan persahabatan itu kemudian berkembang dan menjadi hubungan cinta.

Gadis itu berkahwin dengan Javed pada Rabu lalu selepas memeluk Islam dan nama baharunya ialah Kiswa, kata sepupu sebelah ibu lelaki itu, Izzatullah Khan kepada PTI melalui telefon.

Izzatullah berkata, Feng tiba di Islamabad pada 20 Julai lalu.  Gadis berkenaan tinggal di kediaman Izzatullah di Samarbagh. 

Awal minggu ini, Anju, ibu kepada dua anak, memeluk Islam dan berkahwin dengan Nasrullah. 

Dia kini mempunyai nama baru, Fatima. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI