fbpx

Calon PH-BN lewat, Anwar singgah 5 minit sebelum beredar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu sebentar tadi.

GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beredar dari Pusat Penamaan Calon di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu dekat sini selepas menyedari ketiadaan calon Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sebentar tadi.

Beliau yang dilihat tiba pada pukul 8.45 pagi beredar selepas lima minit tanpa menemui calon PH dan BN yang bertanding di DUN Sungai Tua, DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan dipercayai kini menuju ke Pusat Penamaan Calon tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Selayang di Bangunan Majlis Perbandaran Selayang.

Dalam pada itu, tiga calon PH-BN iaitu calon DUN Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari, calon DUN Hulu Kelang, Juwairiya Zulkifli dan calon DUN Gombak Setia, Megat Zulkarnain Omardin tiba di sini pada pukul 9.06 minit pagi diiringi ratusan penyokong. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI