fbpx

Calon bebas muncul saat akhir, Sungai Pelek bakal menyaksikan saingan 3 penjuru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nageswaran (kiri), Kian Keng (tengah) dan Suhaimi di Pusat Penamaan Calon Sungai Pelek di Sepang, pagi ini.

SEPANG – Kehadiran seorang calon bebas, Nageswaran Ravi tanpa diduga menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Pelek bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Pada pertandingan ini bakal menyaksikan Nageswaran berdepan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH) Lwi Kian Keong dan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Suhaimi Mohd. Ghazali.

Nageswaran yang pernah bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 tahun lalu atas tiket Parti Rakyat Malaysia menentang Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, Muhammad Syah Osmin bertindak sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya kerusi N.56 itu di pusat penamaan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI