GOMBAK – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Pusat Penamaan Calon tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Gombak di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu dekat sini pagi ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) hadir bagi meninjau proses penamaan calon DUN Sungai Tua, DUN Gombak Setia dan DUN Hulu Kelang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Anwar dilihat tiba di Pusat Penamaan Calon SMK Sungai Pusu kira-kira pukul 8.45 pagi. – KOSMO! ONLINE