fbpx

Anwar beri isyarat bagus, sempat nyanyi lagu ‘Aduh Malaysia Hoi Ya Hoi’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika tiba di Pusat Penamaan Calon tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Selayang, hari ini.

SELAYANG – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Penamaan Calon tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Selayang adalah terkawal setakat ini.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang tiba sekitar pukul 9.35 pagi tadi sempat beramah mesra bersama penyokong PH-Barisan Nasional.

Beliau diiringi Pengerusi Gabungan Parti Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir, Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor.

Dalam pada itu, biarpun disindir penyokong Perikatan Nasional (PN) dengan lagu ‘Aduh Malaysia Hoi Ya Hoi’, Anwar secara berseloroh dilihat turut bernyanyi bersama.

Ketika ditanya mengenai suasana PRN, beliau hanya menunjukkan isyarat ibu jari ‘bagus’ selain mengatakan keadaan (okey). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI