fbpx

Angkasa harap koperasi mendapat insentif sama seperti IKS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah,(tiga dari kanan) menyampaikan Anugerah Tokoh KAKIB kepada Mohd Rosli Basi,(tiga dari kiri) Di Majlis Karnival 100 tahun Koperasi Anggota kerajaan Ipoh Berhad Di dataran Sultan Azlan Shah Meru.-FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berharap agar kerajaan turut memberi insentif sama seperti yang ditawarkan kepada Industri Kecil Sederhana (IKS).

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, pihaknya telah mengemukakan cadangan tersebut bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi konsultasi bajet pada dua minggu lalu.

“Kita harap supaya kerajaan akan beri maklum balas. Isu ini daripada dulu lagi, dah 10 tahun lamanya namun masih tiada keputusan. Jawatankuasa juga telah ditubuhkan di peringkat kementerian bagi mengkaji cadangan ini dan sekiranya kerajaan sukar untuk membuat pindaan akta.

“Kita mohon memberi pengiktirafan supaya koperasi boleh mendapat insentif dan juga bantuan-bantuan kemudahan yang diberi kepada IKS,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Karnival 100 Tahun Koperasi Anggota Kerajaan Ipoh Berhad (KAKIB) di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini hari ini.

Menurutnya, pengiktirafan tersebut bertujuan untuk membantu koperasi menyumbang kepada pembangunan sosial ekonomi negara seperti negara-negara maju lain dengan mempelbagaikan aktiviti perniagaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI