fbpx

Aminuddin berdepan saingan empat penjuru di DUN Sikamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN (baju melayu merah, dua dari kiri) selepas proses pengumuman calon di Dewan Coral Heights.-Foto NOR SHAFAWATI YUP.

SEREMBAN -Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang merupakan calon penyandang PH-PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat akan berdepan saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Negeri Ke-15.

Terdahulu, Aminuddin yang memakai baju Melayu berwarna merah tiba di Pusat Penamaan Calon di Dewan Coral Heights, Sikamat pada pukul 8.53 pagi diiringi penyokongnya.

Aminuddin yang merupakan Pengerusi PKR merangkap Pengerusi Pakatan Harapan ( PH) Negeri Sembilan akan disaingi calon Perikatan Nasional, Ahmad Raihan Muhamad Hilaldan dua calon Bebas, Bujang Abu dan Mohammed Hafiz Baharudin.

Pengumuman dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Sikamat, Saidul Saadon sebentar tadi di Pusat Penamaan Calon di Dewan Coral Heights, Sikamat pada pukul 10.30 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Aminuddin menang kerusi DUN berkenaan dengan memperoleh majoriti 3,413 undi selepas mendapat 9,832 undi dalam saingan empat penjuru.

Beliau yang menyandang kerusi berkenaan sejak 2008, menewaskan Syamsul Amri Ismail atau Syamsul Debat dari Barisan Nasional (BN), Rahim Yus- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI