fbpx

501 calon lelaki bertanding, 71 libatkan wakil wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA- Calon lelaki dilihat mendominasi pentas Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengangu selepas mencatatkan sebanyak 501 penyertaan berbanding calon wanita yang hanya merekodkan sejumlah 71 calon sahaja.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh berkata, calon lelaki bertanding direkodkan paling ramai di Selangor iaitu sejumlah 120 diikuti Kelantan (88), Pulau Pinang (83) dan Negeri Sembilan (75).

“Bagi calon wanita pula, jumlah calon direkodkan paling ramai di Selangor iaitu sejumlah 27 seterusnya Kedah (14), Pulau Pinang (12) selain masing-masing lapan di Kelantan serta Negeri Sembilan.

“Selain itu, tiada calon muda berumur 18 dan 19 tahun direkodkan bertanding kali ini, namun terdapat 17 calon berumur antara 20 hingga 29 bakal bertanding pada PRN di enam negeri,” katanya pada sidang akhbar khas di sini tadi.

Jelasnya, calon tertua pula ialah Ravinder Singh Mall yang berusia 80 tahun dan bakal bertanding di DUN Pantai Jerejak, manakala calon termuda ialah Melanie Ting Yi-Hlin, 23, yang bertanding di Bukit Antarabangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI