fbpx

[VIDEO] Suami isteri nyaris maut kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta mangsa yang terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang, Petaling Jaya, hari ini.

PETALING JAYA – Suami isteri nyaris maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbakar di Lebuh Raya Persekutuan menghala ke Subang, di sini, hari ini.

Tindakan pantas orang awam mengeluarkan kedua-dua mangsa daripada terperangkap dalam kenderaan berkenaan berjaya menyelamatkan mereka.

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, kejadian tersebut berlaku pada pukul 9.39 malam.

Katanya, beberapa anggota dan sebuah jentera keluaran Balai Bomba Penyelamat (BBP) Petaling Jaya digerakkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

“Kebakaran melibatkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) Mitsubishi Outlander yang terbakar 90 peratus setelah hilang kawalan dan terbabas melanggar pembahagi jalan.

“Pemandu lelaki dan seorang wanita warga tempatan berusia 50 dan 45 tahun tercedera dan berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba sampai di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, api berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pihaknya pada pukul 9.55 malam.

“Kedua-dua mangsa dilaporkan hanya mengalami cedera ringan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI