fbpx

Usaha sama Citaglobal, Masdar ceburi projek tenaga boleh baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Norza (kiri) berjabat tangan dengan Abdulla Zayed pada majlis pemeteraian MoU di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – Citaglobal Berhad (Citaglobal) bersama anak syarikatnya telah memeterai memorandum persefahaman dengan Abu Dhabi Future Energy Company PJSC (Masdar) syarikat tenaga bersih UAE yang terkemuka untuk pembangunan pelbagai projek tenaga boleh baharu (TBB) antaranya melibatkan teknologi solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) dan angin.

 Melalui kerjasama tersebut, kedua-dua syarikat akan bergabung tenaga untuk membangunkan projek-projek TBB di negeri Pahang, Malaysia. 

Projek-projek ini termasuk kajian berkaitan teknologi solar, sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), angin, dan teknologi TBB. Kerajaan Malaysia mengumumkan komitmen pelepasan karbon sifar bersih  seawal-awalnya tahun 2050. 

Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal, Tan Sri  Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Masdar, peneraju global TBB dan hidrogen hijau untuk projek-projek TBB. 

Menurut beliau, Masdar telah menerajui, secara komersial, projek-projek tersohor dalam tenaga bersih, pembangunan hartanah lestari, dan teknologi bersih di UAE dan di seluruh dunia. 

“Dengan bekerjasama dengan sebuah syarikat yang terkemuka dalam industri ini, kami akan mencapai kemajuan yang lebih pantas ke arah sasaran iklim kami, selain menjana keperluan tenaga kami dengan cara yang bertanggungjawab dan kosefisien,” katanya.

Beliau berkata dalam kenyataan bersempena majlis menandatangani MoU antara dua syarikat di sini yang diwakili olehnya serta  Ketua Pembangunan dan Pelaburan Masdar,  Abdulla Zayed. 

 Masdar adalah syarikat pelaburan Kerajaan Abu Dhabi yang dimiliki oleh Mubadala Investment Company, Abu Dhabi National Oil Company Group & Abu Dhabi National Energy Company.

Anak syarikat milik penuh Citaglobal yang terlibat dalam perjanjian ini termasuk Citaglobal Energy Sdn Bhd, Citaglobal Powergen Sdn Bhd dan syarikat usaha samanya, Citaglobal Genetec BESS Sdn Bhd (CG BESS).

Selain itu, MoU tersebut bertujuan untuk menyatakan secara rasmi hasrat pihak-pihak untuk membincangkan lebih lanjut bidang potensi kerjasama yang terdiri daripada projek TBB berhubung dengan fotovoltaik solar (PV), sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS), hidro, angin, sisa kepada tenaga, haba kepada tenaga dan penangkapan dan penggunaan karbon.

 Secara khusus, pelaksanaan MOU ini akan membolehkan Kumpulan Citaglobal menambah baik dan mengukuhkan pembangunan projek Ladang Solar 2GW (di darat dan terapung) di negeri Pahang, untuk kater kepada keperluan TBB tempatan dan luar negara. 

Citaglobal dan Masdar juga akan membincangkan lebih lanjut mengenai penggunaan MYBESS oleh syarikat CG BESS, di fasiliti Masdar seluruh dunia.

 MOU ini berkuat kuasa serta-merta dari tarikh pelaksanaan MOU dan akan kekal untuk tempoh dua tahun selepas itu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI