fbpx

Tukang cuci restoran terjatuh tingkat 29 bangunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat milik tukang cuci yang dipercayai terjatuh ketika berada dari tingkat 29 sebuah bangunan perniagaan di Bandar Utama, Petaling Jaya, semalam.

PETALING JAYA – Seorang pekerja tukang cuci ditemui maut dalam keadaan mengerikan selepas terjatuh dari tingkat 29 bangunan perniagaan di Bandar Utama di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 3 petang.

Katanya, mayat lelaki warga asing berusia 43 tahun itu ditemui orang awam yang berada di lokasi.

“Anggota Balai Polis Damansara bertindak ke lokasi untuk pemeriksaan sejurus menerima panggilan mengenai kejadian.

“Pemeriksaan mendapati terdapat satu mayat lelaki terbaring di bahagian tepi bangunan dalam keadaan kepala terputus daripada badan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Mohamad Fakhrudin, siasatan awal mendapati lelaki tersebut bekerja sebagai tukang cuci di sebuah restoran di tingkat 29 bangunan berkenaan.

“Hasil semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), mangsa kelihatan berada di balkoni pada pukul 2.46 petang sebelum kelibatnya tidak kelihatan lagi dipercayai terjatuh dari balkoni itu.

“Mayat lelaki terbabit dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta individu yang melihat atau berada di lokasi kejadian menyalurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Fatin Afifa Shahpri di talian 013-7353589 atau mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI