fbpx

Suami pakaikan kadbod supaya isteri hamil tidak dilanggar orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki itu dilihat menjaga isterinya dengan baik. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang suami menyediakan notis pemberitahuan bagi melindungi isterinya yang sedang hamil.

Portal berita Okezone melaporkan, video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @kisahsemangat.

Lelaki itu menarik perhatian orang ramai apabila menyediakan kadbod tertera ayat: “Pandu perlahan. Isteri saya sedang sarat mengandung. Mohon maaf jika lalu lintas terganggu. Sila memotong ya.”

Notis itu dibuat menggunakan papan kecil dan tali, lengkap disertakan gambar wanita hamil dan warna kuning yang mencolok mata jika dilihat di jalan raya.

Notis itu kemudian dipakaikan di belakang badan isterinya ketika mereka menaiki motosikal di jalan raya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI