fbpx

Spa-Francorchamps jadi sasaran Verstappen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERSTAPPEN bakal meraih kemenangan kelapan berturut-turut jika berjaya menawan perlumbaan GP Belgium hujung minggu ini. - AFP

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium – Pelumba Red Bull, Max Verstappen berusaha untuk memburu kemenangan kelapannya menjelang perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix (GP) Belgium pada hujung minggu ini.

Juara dunia berganda F1 kelahiran Belgium tersebut berpeluang untuk menyamai rekod Sebastian Vettel pada 2013 iaitu melakar sembilan kemenangan berturut-turut, tetapi dengan syarat Verstappen perlu memastikan kemenangan GP Belanda menjadi miliknya selepas ini.

Sebagai rekod, hanya lima pemandu telah memenangi tujuh perlumbaan berturut-turut iaitu Alberto Ascari, Michael Schumacher, Vettel, Nico Rosberg dan Verstappen yang kini dilihat bakal melebarkan kemenangannya sewaktu beraksi dilaman sendiri.

“Litar Spa adalah trek kegemaran saya. Sudah tentu saya tidak sabar untuk berlumba di sana terutama melihat penonton yang hadir menyaksikan perlumbaan itu nanti. Saya yakin ia akan menjadi hujung minggu yang menyeronokkan.

“Minggu ini adalah usaha terakhir kami sebelum cuti musim panas dan saya akan buat yang terbaik untuk meraih kemenangan,” kata Verstappen.

Verstappen telah melakar kemenangan di Belgium selama dua tahun berturut-turut dan kini hanya rakan sepasukannya, Sergio Perez dilihat mempunyai kemampuan untuk menghalang Verstappen.

Pada tahun ini, Perez satu-satunya pelumba yang berjaya mengatasi Verstappen sewaktu di GP Arab Saudi dan GP Azerbaijan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI