fbpx

Sistem iPatuh bongkar ketirisan RM1.5 bilion tahun lalu – Ahmad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad merasmikan sistem iPATUH pada Majlis Pelancaran Sistem iPATUH di Hotel Zenith, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Sistem iPatuh yang dibangunkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya membongkar ketirisan berjumlah kira-kira RM1.5 bilion.

Kejayaan itu menurut Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan, dicapai sepanjang tahun lalu dan membuktikan keberkesanan sistem pengauditan dalaman itu.

“Ia cukup baik kerana data fail dari semua syarikat dapat diaudit lebih pantas kepada dua bulan berbanding empat bulan sebelum ini,” katanya ketika sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu, beliau melancarkan secara rasmi iPatuh dibangunkan Bahagian Pengurusan Pematuhan JKDM dan menyampaikan penghargaan kepada 10 orang pegawai terlibat.

Sistem dilaksanakan secara berperingkat sejak 2019 itu mengandungi empat modul dan memiliki keupayaan berkolaborasi dengan pelbagai peranti secara bank data integrasi.

Mengulas lanjut, Ahmad memuji inisiatif JKDM itu apabila memerlukan kos perbelanjaan RM375,000 bagi sistem baharu tersebut dibangunkan tenaga dalamannya sendiri.

Kejayaan mereka ini menunjukkan pasukan pegawai teknikal bahagian terbabit setanding pakar teknologi maklumat di luar dan menjimatkan bajet agensi itu sebanyak RM8.6 juta.

“Bayangkanlah ia memudahkan proses pengauditan dibuat terus oleh kira-kira 15,000 pegawai JKDM dan mampu meningkatkan kecekapan pengesanan ketirisan cukai,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI