fbpx

Sawi, ikan kembung, mi jadi pilihan utama rakyat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Uzir pada sidang akhbar selepas Majlis Pengumuman Penemuan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Sawi, lobak, ubi kentang dan tomato adalah empat sayur utama yang paling popular dibeli rakyat Malaysia berdasarkan Laporan Survei Perbelanjaan Isi Rumah Malaysia 2022.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Mohd. Uzir Mahidin berkata, empat jenis sayur itu mendapat peratusan isi rumah berbelanja tertinggi daripada keseluruhan 166 item sayur yang disenaraikan.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, 57.6 peratus isi rumah memilih sawi diikuti lobak (54.4 peratus), ubi kentang (54.3 peratus) dan tomato (51.2 peratus).

“Selepas ini, jika agensi kerajaan nak tanam apa-apa, kena tengok dapatan ini,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Laporan Survei Pendapatan Isi Rumah Malaysia, 2022 di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga mesti menjaga bekalan ayam dan itik kerana lebih 80 peratus rakyat Malaysia makan ayam berdasarkan dapatan sama.

Sementara itu, Mohd. Uzir berkata, bagi kumpulan ikan segar pula, rakyat Malaysia lebih gemar makan ikan kembung dengan 53.4 peratus diikuti selayang (27.6 peratus), siakap (27.4 peratus dan cencaru (25.4 peratus).

“Dapatan itu diperolehi daripada keseluruhan 115 item ikan segar yang dijual dipasaran,” katanya.

Selain itu, katanya, rakyat Malaysia juga lebih menggemari pasta dan mee sebagai makanan utama yang dipilih jika makan di luar rumah iaitu 91.2 peratus.

“Makanan lain yang dinikmati di luar rumah ialah teh dengan 85.5 peratus diikuti nasi ayam (83.1 peratus) dan nasi lemak (80.5 peratus),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI