fbpx

PRN: PH tukar calon DUN Bukit Selambau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Summugam (kanan) bersama barisan calon PH dan BN pada Ceramah serta Pengumuman dan Pengenalan Calon Perpaduan Kedah di Merbok, dekat Sungai Petani malam tadi. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

SUNGAI PETANI – Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan untuk menamakan semula penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, R. Summugam yang pada awalnya digugurkan.

Summugam yang mewakili PKR diumumkan sebagai calon kawasan itu bagi menggantikan calon muka baharu, R. Suntharajoo sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.

Pertukaran tersebut diketahui pada Majlis Pengenalan Calon PH dan Barisan Nasional (BN) serta pelancaran Manifesto Perpaduan yang berlangsung di Laguna Merbok, malam semalam.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), Summugam menang dengan 17,573 undi mengatasi calon Pas, Dr. Mohd. Ali Sulaiman dan calon BN, Datuk Jaspal Singh dengan majoriti 5,635 undi.

Kali ini, beliau bakal bertembung dengan calon Pas, Azizan Hamzah yang mewakili Perikatan Nasional (PN).

Sementara itu, Summugam ketika ditemui menganggap pencalonan semula beliau adalah kesinambungan kepada usaha keras membantu penduduk kawasan itu yang diwakilinya selama sepenggal sejak 2018.

“Saya tidak terkejut dengan pencalonan semula ini kerana pencapaian terhadap rakyat telah terbukti selama lima tahun ini dan sewajarnya saya meneruskan kerja-kerja yang belum selesai demi kebaikan penduduk Bukit Selambau.

“Malah, ini juga keputusan pucuk pimpinan parti dan saya harus akur walaupun pada awalnya tidak dinamakan untuk mempertahankan kerusi ini. Sekarang adalah masa untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan mampu merampas negeri Kedah melalui kerjasama semua pihak dalam PH dan BN,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI