fbpx

PRN: Penyokong diingatkan tidak terbangkan dron pada penamaan calon esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rodzi pada sidang akhbar di IPD Kubang Pasu di Jitra, hari ini.

JITRA – Kalangan penyokong parti yang bertanding diingatkan supaya tidak membawa dan menerbangkan dron di pusat penamaan calon esok atau berdepan tindakan tegas.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya tidak menerima sebarang permohonan rasmi daripada mana-mana pihak untuk membawa dron di dua pusat penamaan calon di daerah Kubang Pasu.

Namun katanya, terdapat desas-desus menyatakan ada pihak yang berhasrat untuk berbuat demikian.

“Tiada keperluan untuk berbuat demikian dan apa motifnya untuk mereka bawa dron? Setakat ini tiada permohonan rasmi untuk menerbangkan dron sampai ke pejabat saya tetapi selepas dibincangkan, semua pihak sepakat agar perkara itu tidak dibenarkan.

“Jika berlaku juga (tindakan menerbangkan dron), tindakan tegas akan diambil. Pihak polis akan menempatkan pegawai dan anggota yang cukup untuk mengawal ketenteraman awam dan memerhatikan segala kemungkinan pada hari penamaan calon esok,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu di sini, hari ini.

Terdapat dua pusat penamaan calon di daerah ini iaitu Dewan Sekolah Menengah Sains Kubang Pasu dan Dewan Tunku Anum di Pejabat Daerah Kubang Pasu.

Sementara itu katanya, setakat ini pihaknya telah menerima tiga laporan polis berkaitan perbuatan khianat terhadap poster-poster tertentu yang dipasang di sekitar daerah ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI