SHAH ALAM – Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak mengetahui sebarang dakwaan penukaran calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pada saat akhir.
Amirudin memaklumkan akan merujuk kepada Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berhubung perkara tersebut.
“Belum, saya tidak tahu apa-apa, saya kena tanya Datuk Seri Anwar,” ringkas katanya pada sidang akhbar hari ini.
Terdahulu, khabar angin menyatakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor, Izuan Kasim sepatutnya dicalonkan bertanding di DUN Kota Damansara.
Bagaimanapun, PKR meletakkan Aidi Amin Yazid sebagai calon bagi DUN tersebut. – KOSMO! ONLINE