fbpx

PRN: Bersatu Sabak Bernam bantah pencalonan Zaidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fasiah (kiri), Zaidi (kanan).

SABAK BERNAM – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Sabak Bernam membantah calon Perikatan Nasional (PN), Zaidi Selamat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Air Tawar.

Ketuanya, Datuk Mohd. Fasiah Mohd. Fakeh berkata, keputusan sebulat suara itu diperoleh hasil mesyuarat bersama peringkat cawangan Bersatu malam tadi.

Kata beliau, pihaknya menolak pencalonan Zaidi yang juga daripada Bersatu bagi kerusi itu kerana disifatkan sebagai calon luar.

“Kami telah membuat keputusan membantah dan menolak calon luar. Justeru, kami meminta Zaidi supaya menarik diri sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Pengerusi Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, keputusan meletakkan Zaidi sudah dibuat dan tiada perubahan calon dilakukan bagi DUN berkenaan.

“Beliau (Zaidi) bertanding atas tiket PN dan kita mesti menang walau di mana sekali pun.

“Semua ahli dan mana-mana pimpinan Bersatu Bahagian Sabak Bernam perlu akur dengan keputusan tersebut,” katanya.

Zaidi dijangka menentang penyandang kerusi DUN itu, Datuk Rizam Ismail daripada Barisan Nasional (BN).

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu, Rizam memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,440 undi selepas menewaskan calon Pas, Zamri Yahya dan Mohd. Hamizar Sulaiman (Bersatu). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI