fbpx

PRK Kuala Terengganu: Zubir akan berkempen untuk Azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zubir (kiri), Azan (kanan).

KUALA TERENGGANU – Datuk Mohd. Zubir Embong tidak berkecil hati biarpun tidak dipilih semula pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu pada 12 Ogos depan.

Beliau yang merupakan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu berjiwa besar dan menyokong pencalonan Azan Ismail daripada Pakatan Harapan (PH) untuk kerusi tersebut.

Katanya, beliau akan turun padang membantu kempen Azan bagi menjamin kemenangan calon wakil kerajaan Perpaduan berkenaan.

“Saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan yang telah membuat penilaian terperinci daripada semua aspek berhubung pemilihan calon (bagi PRK Kuala Terengganu).

“Saya mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi. Sokongan 100 peratus kepada Azan untuk merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Pas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zubir menegaskan permohonan petisyen Parlimen Kuala Terengganu yang dikemukakan beliau tidak sia-sia seperti didakwa pemimpin Pas.

Sebaliknya beliau berkata, keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu itu jelas membuktikan budaya sogokan wang dilakukan Pas secara berleluasa pada PRU15 lalu.

Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu pada 27 Jun lalu telah membatalkan kemenangan Datuk Ahmad Amzad Hashim dari Pas pada PRU15. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI