fbpx

PH tarik sokongan pengundi atas pagar, elak terjerat kumpulan tertentu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan memberikan fokus utama bagi menarik sokongan pengundi atas pagar pada kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri yang akan berlangsung 12 Ogos ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, perkara itu lebih penting daripada daripada melayan karenah kumpulan-kumpulan tertentu yang akhirnya menyebabkan PH terperangkap.

Beliau berkata, cara terbaik untuk meyakinkan rakyat adalah menumpukan kepada perkara-perkara penting untuk rakyat sebab ia ada kesan dan sebagainya.

“Sebab itu tumpuan kita kepada pengundi atas pagar ini, lebih memberikan hasil dalam PRN dari kami terperangkap dengan kumpulan tertentu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pengumuman Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia semalam yang secara terbuka menzahirkan sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) sempena PRN ini.

Dalam pada itu, Rafizi berkata, pihaknya menyerahkan masalah dalaman yang berlaku terhadap UMNO kepada pucuk pimpinan parti tersebut untuk mengatasi isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI