fbpx

Penyu tidak rela dimalukan Rusa di lubuk sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
STEINBRUCKNER mahu anak-anak buahnya kekal waspada dengan cabaran daripada Negeri Sembilan pada aksi Liga Super malam ini.

TERENGGANU FC (TFC) mahu mengelak daripada dimalukan Negeri Sembilan FC (NSFC) apabila menerima kunjungan pasukan itu pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin malam ini.

Pengendali skuad Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner berkata, skuad kendaliannya tiada pilihan selain menebus kekalahan 1-2 dalam pusingan pertama di Stadium Paroi pada Mac lalu.

Begitupun, jurulatih kelahiran Croatia itu mengakui prestasi tidak konsisten TFC yang sekadar seri dalam dua perlawanan terakhir merisaukannya menje­lang aksi berkenaan.

“Selepas bertemu PDRM, kami ada tempoh lebih seminggu untuk persiapan menentang Negeri Sembilan dan pemain-pemain saya telah bekerja keras meningkatkan prestasi.

“Bagaimanapun Negeri Sembilan bukan lawan mudah di bawah kendalian jurulatih berpengalaman (K. Devan). Jadi, kami menjangkakan tentangan sengit,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Steinbruckner berkata, beliau berharap anak-anak buahnya dapat kembali ke landasan kemenangan kerana ia penting bagi membaiki kedudukan dalam liga selepas hanya mengutip satu mata bertemu KL City dan PDRM sebelum ini.

Sementara itu ketua pasukan TFC, Habib Haroon optimis rakan-rakan sepasukannya mampu mempamerkan corak permainan terbaik bagi memburu kemenangan di laman sendiri.

Tonggak tengah Bahrain berusia 23 tahun itu berkata, dia turut berhasrat menamatkan kemarau gol bersama TFC selepas kali terakhir muncul penjaring pada musim lalu.

“Kami sudah beraksi dengan baik, namun nasib tidak menye­belahi dalam beberapa perlawanan sehingga keciciran mata dan terlepas peluang menempatkan diri di kelompok atasan liga.

“Bagaimanapun, saya percaya kami mampu menamatkan baki saingan dengan lebih positif terutama selepas kehadiran pemain baru seperti Norhakim (Hassan) dan Nurillo (Tukhtasinov),” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI