fbpx

Pemancing jumpa mayat lelaki terjun Sungai Endau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki murung yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Endau kelmarin berjaya ditemui pemancing di kawasan jeti LKIM Endau, Mersing awal pagi hari ini.

MERSING – Mayat lelaki murung yang hilang selepas terjun ke dalam Sungai Endau kelmarin berjaya ditemui pemancing di kawasan jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau di sini awal pagi hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Endau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Alias Hussin berkata, mangsa dikenali sebagai Liew Yook Min, 50, itu ditemui pada pukul 12.44 pagi.

Katanya, mangsa ditemui pada jarak kira-kira 100 meter dari lokasi lelaki berkenaan dilihat terjun dari jambatan di sungai tersebut.

“Mangsa ditemui orang awam yang sedang memancing. Susulan itu pasukan operasi bertindak menaikkan mangsa dan kemudian menyerahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Setelah memastikan keadaan selamat operasi mencari dan menyelamat dilakukan selama tiga hari itu ditamatkan pada pukul 1.35 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan mangsa dikhuatiri hilang selepas bertindak terjun ke dalam Sungai Endau petang kira-kira pukul 1.55 tengah hari kelmarin.

Difahamkan, mangsa sebelum itu makan di sebuah kedai makan dan kelihatan dalam keadaan murung sebelum terjun dari jambatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI