fbpx

Negeri Sembilan masih kubu kuat PH – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan baru-baru ini.

PETALING JAYA – Negeri Sembilan masih merupakan kubu kuat Pakatan Harapan (PH) termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Port Dickson.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH berkata, Negeri Sembilan perlu dikekalkan oleh parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Port Dickson kubu yang perlu dijaga sebaiknya tanpa perlu ada kegalauan mahupun usaha memecah-belahkan antara satu sama lain dalam menghadapi tantangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Anwar berkata, kebersamaan dan kerjasama rapat antara parti-parti perlu ada dalam membentuk ketumbukan yang kuat dan penting sebagai asas kepada Kerajaan Perpaduan.

“Moga segala yang dirancang berjalan rapi dan selebihnya kita serah pada Yang Maha Esa. Insya-Allah,” katanya.

Negeri Sembilan antara negeri yang berdepan PRN pada 12 Ogos depan selain Selangor, Terengganu, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Anwar sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November tahun lalu merupakan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI