fbpx

Negara diperintah golongan kakistokrasi selepas PRU-15 – Abdul Hadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Hadi.

PETALING JAYA – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), negara diperintah oleh golongan kakistokrasi.

Menjelaskan perkara itu, Ahli Parlimen Marang itu berkata, kakistokrasi itu bermaksud negara diperintah mereka yang tidak reti memerintah.

“Dinamakan sahaja Madani namun kerajaan ini merupakan sebuah kerajaan yang ditadbir secara ikut suka, dengan penuh bercelaru, kacau bilau dan sibuk menyaman pengkritik,” katanya di laman Facebook hari ini.

Pada masa sama, Abdul Hadi mengajak seluruh jentera Perikatan Nasional (PN) bekerja bersungguh-sungguh di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu.

“Atas dasar ini, harapan besar supaya seluruh jentera di setiap Dewan Undangan Negeri untuk bekerja bersungguh-sungguh bagi memastikan kemenangan mutlak 32-0 di Terengganu,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Pas Terengganu mengekalkan pencalonan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bagi mempertahankan kerusi DUN Ru Redang.

Kesemua Exco kerajaan negeri Terengganu kecuali Datuk Dr. Alias Razak dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar turut terus diberi kepercayaan untuk terus bertanding di kerusi masing-masing.

Selain 27 calon dari Pas, Perikatan Nasional (PN) turut meletakkan lima calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Kijal, Kuala Besut, Telemong, Seberang Takir dan Permaisuri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI