fbpx

Muhyiddin saman Anwar isu hutang Felda RM200 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (kiri) dan Anwar.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaman Datuk Seri Anwar Ibrahim atas dakwaan menyampaikan ucapan berbaur fitnah berkaitan isu pelupusan hutang peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) bernilai RM8.3 bilion.

Bekas Perdana Menteri itu menuntut ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk yang masing-masing sepadan dengan jumlah RM200 juta seperti yang dituntut oleh Anwar ketika membalas surat tuntutan beliau.

Writ saman itu difailkan semalam di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Rosli Dahlan Saravana Partnership.

Dalam pernyataan tuntutannya, Muhyiddin selaku plaintif mendakwa Perdana Menteri (defendan) mengeluarkan kenyataan memfitnah yang membawa maksud beliau berbohong berkenaan isu pelupusan hutang peneroka Felda.

Ujar Ahli Parlimen Pagoh itu, kenyataan berbaur fitnah tersebut dikeluarkan menerusi ucapan semasa sambutan `Hari Peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan 2023′ di Serdang, Selangor pada 7 Julai lalu.

Sambutan itu disiarkan secara langsung melalui Facebook Live di halaman Facebook defendan dengan nama ‘Anwar Ibrahim’.

Melalui siaran Facebook sehari selepas itu, plaintif menafikan kenyataan fitnah pertama defendan dan menjelaskan bahawa pelupusan hutang RM8.3 bilion tersebut telah dilaksanakan pada 2021 dan ia dibuktikan melalui Penyata Kewangan Felda Bagi Tahun Kewangan Berakhir 2021.

Ujarnya, perkara itu disokong oleh kenyataan media Pengerusi Felda, Tan Sri Idris Jusoh pada 24 Februari lalu bahawa pelupusan hutang RM8.3 bilion daripada RM12.1 bilion telah dilaksanakan pada 2021.

Muhyiddin juga memohon perintah agar Anwar memadamkan video siaran langsung dalam Facebook bertajuk `Sambutan Hari Peneroka Felda 2023′, di bawah nama ‘Anwar Ibrahim’ dengan serta-merta.

Beliau juga memohon perintah supaya Anwar memadamkan video siaran langsung Facebook dan YouTube bertajuk `Temu Anwar Kedah @ UUM’. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI