fbpx

Liga Super: Kelantan FC sekadar seri 2-2 dengan PDRM FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah Kelantan United, Sirojiddin Rakhmatullaev (kanan) mengasak penyerang PDRM FC, Marcus Macauley pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu sebentar tadi.

KOTA BHARU – Kelantan United FC (Kelantan United) hanya mampu meraih satu mata di halaman sendiri apabila seri 2-2 dengan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, PDRM FC lebih banyak mengasak kubu tuan rumah dengan membuat beberapa percubaan dan sepakan penjuru yang gagal terjemah ke dalam bentuk jaringan akibat ketumpulan jentera penyudah.

Pada awal babak kedua, skuad The Cops akhirnya berjaya merobek gawang tuan rumah melalui rembatan kencang Mohamad Nabil Ahmad Latpi yang menewaskan penjaga gol Kelantan United, Mohd. Shahril Sa’ari pada minit ke-46.

Serangan demi serangan yang dilancarkan oleh kem pelawat akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang PDRM FC, Uche Agba berjaya melepasi barisan pertahanan Kelantan United dan menewaskan Mohd. Shahril untuk gol kedua pada minit ke-53.

Ketinggalan dua gol, Kelantan United berusaha untuk bangkit dan berjaya merapatkan jurang gol apabila berjaya membolosi benteng PDRM FC apabila penyerang Kelantan FC, Jose Elmer Porteria melambungkan bola ke dalam gawang pelawat dari jarak dekat pada minit ke-55.

Sang Kijang Hijau terus menggandakan usaha untuk mengikat kembali kedudukan dan hasil kerja keras mereka berhasil melalui jaringan Sharvin Selvakumar pada minit ke-70 selepas menerima lorongan bola daripada Nik Azli Nik Alias.

Menuju minit-minit akhir perlawanan, kedua-dua semakin garang berbalas serangan untuk mencari gol kemenangan, namun tiada lagi jaringan terhasil.

Keputusan 2-2 itu menyaksikan Kelantan United memintas Kuching City FC untuk berada di kedudukan ke-12 dengan kelebihan satu mata manakala PDRM kekal di tangga kelapan carta Liga Super. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI