fbpx

Kilang buat bumbung dikesan simpan minyak diesel tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA KPDN memeriksa tangki skid mengandungi 4,000 liter cecair disyaki minyak diesel dalam serbuan di sebuah kilang di Chemor.

IPOH – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak menyita 4,000 liter minyak diesel yang disimpan tanpa permit yang sah dalam serbuan di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor di sini semalam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDN negeri, Mohamed Aznanshah Khalid berkata, serbuan pada pukul 2.50 petang itu dibuat hasil risikan selama seminggu yang dijalankan di premis berkenaan.

Katanya, ketika serbuan dibuat, kilang yang menjalankan perniagaan membuat bumbung itu sedang beroperasi dengan seorang lelaki warga tempatan berusia 40-an dipercayai pengurus berada di lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan menemukan sebuah skid tank mengandungi 4,000 liter cecair disyaki minyak diesel di mana pengurus kilang gagal mengemukakan sebarang lesen mahu pun permit barang kawalan berjadual minyak diesel.

“Kesemua barang seperti dokumen dan cecair yang disyaki minyak diesel disita dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM11,000,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut dijalankan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI