fbpx

Kebocoran minyak sukarkan pencarian 4 lagi kru kapal MV Tung Sung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kerja menterbalikkan kapal MV Tung Sung yang karam di perairan Pulau Burung, Sebuyau sedang giat dijalankan hari ini.

KUCHING – Usaha pasukan penyelamat menumpukan pencarian empat lagi kru di dalam kapal MV Tung Sung yang karam di perairan Pulau Burung, Sebuyau berdepan kesukaran apabila berlaku kebocoran minyak di dalamnya.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kebocoran minyak itu dikesan ketika kerja menerbalikkan kapal berkenaan dilaksanakan sejak semalam dan diteruskan semula pada pagi tadi.

“Semasa proses menterbalikkan kapal sedang dilakukan oleh kontraktor yang dilantik pihak kapal, kontraktor telah memaklumkan terdapat kebocoran minyak di kawasan bilik jentera sehingga berlakunya tompokan minyak di sekitar kawasan kerja-kerja terbalikkan kapal,” katanya dalam kenyataan.

Justeru, katanya Kapal Maritim (KM) Kota Kinabalu dan kapal Permata Hidro dari Jabatan Laut Malaysia (JLM) telah diaturgerakkan bagi penugasan pemantauan dan kawalan tumpahan minyak di kawasan terbabit bermula pukul 8 pagi tadi.

Dalam pada itu, Zin Azman berkata sebanyak lapan aset telah diaturgerakkan untuk Op CARILAMAT pada hari ini melibatkan aset laut daripada Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin (PPM), Sarawak Coast Guard (SCG), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Laut Malaysia (JLM) dengan kekuatan seramai 103 pegawai dan anggota.

Operasi CARILAMAT turut dibantu oleh Pasukan Hazardous Material Unit Team (Hazmat) dan pasukan JBPM Simunjan bagi pencarian mangsa di dalam kapal.

Katanya pencarian mangsa di dalam kapal oleh pasukan Hazmat dan JBPM belum dapat dilaksanakan disebabkan kapal belum dapat diterbalikkan sepenuhnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI