fbpx

Jentera BN akan bekerja di seluruh 36 kerusi di N. Sembilan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid sewaktu berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson malam tadi. - Foto oleh ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI / KOSMO!

PORT DICKSON – Jentera UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan memberi komitmen untuk bekerja di seluruh 36 kerusi yang ditandingi calon gabungan Kerajaan Perpaduan BN dan Pakatan Harapan (PH) bagi memastikan kemenangan di Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun UMNO-BN hanya bertanding di 17 kerusi tetapi kita akan bantu rakan-rakan kita di PH.

“Kita tidak hanya bekerja di kawasan-kawasan di mana calon BN bertanding, tetapi jentera UMNO-BN akan turut bekerja di seluruh 36 kerusi yang kita tandingi (termasuk calon PH).

“Azam kita insya-Allah kalau kita bekerja keras di Negeri Sembilan, kita akan mendapat kemenangan di seluruh 36 kerusi, saya harap mulai malam ini walaupun kita telah bekerja dan saya yakin kerjasama dan keserasian jentera BH-PH, saya akui ini adalah yang terbaik antara negeri-negeri lain,” katanya pada Program Jelajah Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di sini malam tadi.

Turut hadir Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Pengerusi PH, Menteri Pengangkutan yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.

Menurut Ahmad Zahid, dalam situasi tersebut komitmen dan iltizam daripada semua gabungan diperlukan bagi memastikan kemenangan BN-PH menjadi kerajaan negeri.

Jelas beliau, Negeri Sembilan juga telah ditransformasikan di bawah Menteri besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dengan purata pelaburan meningkat RM1.8 bilion pada 2019.

“Itu ketika BN tidak bersama PH, Datuk Seri Jalaluddin Alias (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan) pastikan apabila kita bentuk kerajaan lepas 12 Ogos ini, insya-Allah kita mendokong Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan dan rakyat lebih makmur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI