fbpx

Faisal Halim boleh kemukakan rayuan penggantungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faisal Halim.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim boleh merayu selepas dikenakan penggantungan hingga empat bulan menerusi keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM kelmarin.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan FAM.

“Faisal telah dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati melanggar Artikel 61 Kod Tatatertib FAM (Kenya­taan Akhbar) dan Artikel 82 Statut FAM (Sumbangan Kepada Media).

“Hukuman dikenakan susulan kenyataan yang dikeluarkannya ketika sesi temu ramah media selepas perlawanan Liga Super menentang Sabah FC di Stadium Likas pada 27 April lepas.

“Mengikut keputusan, Faisal sebenarnya digantung empat bulan bermula 25 Julai hingga 21 November. Bagaimanapun, Faisal hanya dikenakan penggantungan selama sebulan hingga 23 Ogos depan.

“Penggantungan tiga bulan seterusnya ditangguh terlebih dahulu tertakluk kepada kelakukan baik selama 12 bulan bermula tarikh 24 Ogos 2023.

“Faisal tetap diberikan peluang membuat rayuan rasmi terhadap hukuman penggantungan yang dikenakan ke atasnya itu untuk dibawa ke Jawatankuasa Rayuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Noor Azman turut menyeru agar semua pemain Liga Malaysia (Liga M) ‘jaga mulut’ agar tidak menerima hukuman yang sama pada masa depan.

“FAM ingin menasihatkan kepada pemain-pemain bola sepak yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia supaya lebih berhati-hati ketika memberikan kenyataan media dan mengambil pengajaran daripada kes ini,” katanya.

Situasi tersebut pasti memberi tamparan hebat buat skuad Gergasi Merah kendalian Tan Cheng Hoe yang akan bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bertemu JDT pada malam esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI