fbpx

Eric Lay bukan hanya diganggu wanita, tetapi lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ERIC LAY

SEJAK kecil, lelaki berbangsa Cina bernama Eric Lay itu sudah memasang impian untuk bergelar seorang anggota polis suatu hari nanti.

Bagaimanapun, takdir hidupnya ternyata berbeza apabila gagal mencapai cita-cita tersebut selepas tidak melepasi dalam sesi temu duga profesion idalam ramai itu.

“Sejak kecil memang saya bercita-cita nak jadi seorang anggota polis. Saya pernah mohon dan pergi temu duga, tapi malangnya tak dapat sebab badan saya ada tatu.

“Saya rasa kalau badan saya tidak ada tatu, mungkin sekarang saya sudah pun bergelar anggota polis,” katanya.

Biarpun gagal mencapai impian untuk bergelar anggota polis, Eric percaya ada rezeki lain.

Berbekalkan wajah tampan dan bertubuh tinggi, jejaka asal Ipoh, Perak itu akhirnya berkecimpung dalam bidang peragaan.

Kata Eric, 29, bergelar seorang model bukan semata-mata ingin ‘menjual’ wajah serta bentuk badannya sebagai daya tarikan utama.

Diganggu

Malah, dia juga tidak menolak cabaran dalam bidang peragaan sangat mencabar sekiranya tersilap langkah.
“Terjun dalam bidang ini nak jual bakat. Cabaran dalam bidang ini (modeling) juga mencabar.

“Bergelar seorang model, saya bukan sahaja diganggu wanita, tetapi juga lelaki. Dulu memang saya tidak selesa dan selalu berasa tidak selamat.

“Tapi selepas beberapa tahun menceburkan diri dalam industri, saya ambil pendekatan untuk tidak melayan mereka,” tegasnya.

Puas membina nama sebagai model, Eric melangkah setapak lagi ke hadapan apabila mengambil peluang melebarkan sayapnya untuk bergelar seorang pelakon terutama dalam industri hiburan Cina.

“Selain masih aktif sebagai model, saya kini menceburkan diri dalam bidang lakonan untuk industri hiburan Cina.

“Saya banyak membintangi drama-drama Cina. Minat dan impian untuk cuba menembusi pasaran Melayu itu ada, cuma saya ada beberapa kekangan buat masa sekarang,” katanya.

Jelas Eric, kekangan utama yang harus dihadapainya adalah daripada segi bahasa. Sejujurnya, dia mengakui kurang fasih untuk berbahasa Melayu sehingga membuatkan dirinya kurang yakin.

“Sebab penguasaan bahasa Melayu saya tidak berapa baik,” jelasnya.

Untuk mencabar diri sendiri, Eric bakal muncul dalam sebuah program terbaharu, Real Men Malaysia: Wira Merah yang diadaptasi daripada sebuah program realiti dari Korea Selatan.

Eric menerima tawaran untuk menyertai program tersebut sebagai batu loncatan untuk mengembangkan kerjaya seninya dalam industri hiburan Melayu.

Lebih membanggakan, program yang turut disertai tujuh selebriti lain dalam pelbagai bidang itu memaksa mereka untuk menjalani latihan yang dikendalikan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Walaupun tidak dapat menyarung uniform polis, dapat rasa pakai seragam anggota bomba pun sudah cukup memberi makna besar buat diri saya.

“Saya harap, dengan menyertai program Real Man Malaysia: Wira Merah ini dapat memberi latihan dan pendedahan kepada saya untuk memperbaiki cara berkomunikasi,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI