fbpx

Dua warga emas maut kereta bertembung bas ekspres

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Proton Persona yang remuk di bahagian hadapan selepas terlibat kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Sitiawan-Ayer Tawar, Perak, pagi tadi. - Foto ihsan JBPM Perak

LUMUT – Dua warga emas maut apabila kereta yang dipandunya dipercayai bertembung dengan sebuah bas ekspres di Jalan Sitiawan-Ayer Tawar, dekat Taman Nesa, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu, Yeong Tua Kong, 79, dan Yong Mooi Mooi, 68, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada tubuhnya.

Difahamkan, kereta Proton Persona dinaiki kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari arah Sitiawan menghala ke Ayer Tawar manakala bas tersebut dari Kelantan, dari arah Ipoh menghala ke Sitiawan.

Pemandu bas serta 12 penumpangnya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah kereta Proton Saga dipandu seorang lelaki turut terlibat dalam kemalangan itu tetapi mangsa juga tidak cedera.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sitiawan, Pegawai Bomba Kanan II Azmi Mohd. Yusuf, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6.15 pagi.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, didapati terdapat dua mangsa tersepit dalam kereta Proton Persona dan disahkan maut oleh kakitangan perubatan yang tiba di lokasi bersama ambulans,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, anggota bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas sebelum menyerahkan mayat mangsa kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Beliau menjelaskan operasi pihaknya tamat pada pukul 7.33 pagi ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI