fbpx

[VIDEO] Datuk Malik janji beri kerjasama penuh kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di media sosial Abdul Malik (kanan).

PETALING JAYA – Ahli perniagaan, Datuk Abdul Malik Dasthigeer atau lebih dikenali sebagai Datuk Malik menjamin akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan yang dihadapinya ketika ini.

Abdul Malik melalui sebuah video yang dimuat naik di media sosialnya berkata, dia akan membantu dalam memberikan maklumat yang diperlukan dalam siasatan tersebut.

“Saya telah beri kerjasama penuh sepanjang siasatan dilakukan dan akan terus bekerjasama memberikan maklumat sekiranya diperlukan untuk tujuan siasatan itu.

“Saya amat berterima kasih dengan kata-kata positif dan doa orang ramai termasuk keluarga dan rakan-rakan yang dibuat di media sosial,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk serta ahli sekutunya ditahan dalam Op 82S, manakala sejumlah wang tunai kira-kira RM38 juta, emas anggaran berat 200 kilogram bernilai RM60 juta serta 17 buah kereta mewah disita.

Antara kereta jenama mewah yang disita adalah Maserati, Ferrari dan Mercedes Benz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI