PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan cuaca cerah hampir di seluruh negara, pagi ini.
Menurut ramalan cuaca di laman sesawang MetMalaysia, hujan diramal berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai Kedah, Pulau Pinang, Perak, Melaka dan Johor.
“Di Semenanjung, cuaca dijangka cerah di Perlis, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya dan Negeri Sembilan.
“Di Sabah pula, Kudat akan mengalami cuaca berangin manakala di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan diramal tiada hujan,” katanya.
Menurut ramalan sama, cuaca baik juga diramal berlaku di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, Sabah. – KOSMO! ONLINE