fbpx

Bellingham buka akaun gol di Real Madrid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (dua dari kiri) meledak gol pembukaan menarik ketika Real menewaskan United pada aksi persahabatan semalam. - AFP

HOUSTON – Pemain tengah baharu Real Madrid, Jude Bellingham mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk membantu pasukan menewaskan Manchester United 2-0 pada perlawanan persahabatan pramusim di Stadium NRG semalam.

Pada aksi tersebut, Bellingham yang dibeli daripada kelab Bundesliga, Borussia Dortmund pada bulan lalu tidak mempunyai masalah untuk membuka ‘akaun’ gol pertama bersama The Galacticos hasil jaringan menarik seawal minit ke-6.

Hari cemerlang skuad kendalian Carlo Ancelotti itu berterusan apabila penyerang antarabangsa Sepanyol, Joselu meledak gol kedua pada penghujung perlawanan untuk menghadiahkan kemenangan bergaya buat pasukan.

Kata Bellingham, banyak pengalaman yang diraih di atas padang kali ini dengan cabaran yang diberikan oleh pasukan lawan terutama pemain pertahanan, Lisandro Martinez cukup sengit sepanjang perlawanan.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengan Martinez. Apa yang berlaku di atas padang biarlah ia berlalu kerana situasi normal apabila anda merebut bola. Saya hormat kepadanya dan harap yang terbaik pada masa depan.

“Mengenai jaringan pertama, saya akui sangat gembira dan ia adalah gol yang cukup menarik,” kata tonggak tengah kelahiran England yang turut diiktiraf sebagai pemain terbaik perlawanan itu.

Sementara itu, Ancelotti mengakui masih belum puas dengan apa yang dilihat di atas padang sebaliknya banyak lagi perubahan taktikal dan strategi yang akan diatur sepanjang saingan pramusim ketika ini.

“Saya ada lakukan perubahan taktikal seperti Vinicius Jr. kini diletakkan selaku penyerang utama dan bukan lagi pemain sayap. Rodrygo pula ditukar kepada pemain sayap walaupun dia lebih selesa selaku penyerang sebelum ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI