BEIJING – Sebuah kedai di China tular selepas menjual aiskrim kon dihias dengan skirt tradisional Cina dan penyepit rambut, lapor portal berita South China Morning Post.
Kedai aiskrim yang terletak di wilayah Jiangsu, timur China itu memperkenalkan hiasan baharu sebagai gimik pemasaran untuk meningkatkan jualan.
Promosi selama seminggu itu menarik ramai pelanggan apabila gambar dan video aiskrim itu tular di media sosial.
“Ia benar-benar kelakar! Saya melihat ais krim yang cantik. Malah aiskrim memakai skirt sekarang,” tulis seorang netizen di platform Xiaohongshu.
Seorang lagi pengguna WeChat berkata, dia dengan senang hati akan membelanjakan tambahan 28 yuan (RM17.80) untuk kon bersalut skirt kerana tarikan budayanya.
Pekerja kedai itu berkata, mereka meletakkan plastik yang memisahkan skirt tersebut dengan aiskrim bagi mengekal sebarang kebimbangan mengenai kebersihan. – Agensi