fbpx

Ais kiub diproses sendiri dikhuatiri tak selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Bukan sahaja kilang-kilang ais kiub tidak berdaftar dibimbangi menghasilkan ais kiub tercemar tetapi ais yang disediakan sendiri sesete­ngah restoran dan kedai makan juga dibimbangi berdepan isu sama.

Penyediaan ais kiub melalui mesin ais kiub sendiri kini menjadi kebiasaan terutama oleh restoran besar termasuk restoran tomyam.

Seorang pengguna Rafidah Razali, 47, berkata, selain bimbangkan ais kiub kilang-kilang tidak berdaftar dia juga berasa was-was dengan ais yang disediakan sendiri pihak restoran.

“Saya tak pasti sama ada mereka perlu lesen, tetapi apa yang saya tahu ada kedai-kedai makan guna mesin air batu sendiri, mungkin hendak jimat kos.

“Adakah pihak berkuasa memantau mereka ini, dan adakah air digunakan ditapis atau dibasmi kuman? Ini penting kerana di rumah kita sentiasa berhati-hati tidak terus minum air paip, takkan di luar rumah minum air paip yang dibuat ais,” katanya di sini semalam.

Ujarnya, meskipun air paip memenuhi standard ditetapkan tetapi ia juga berkemungkinan tercemar ketika melalui paip dan sebelum menjadi ais.

Seorang lagi pengguna, Zulkifli Ramli, 45, berkata, pihak berkuasa perlu melakukan pemantauan berterusan khususnya perkara yang melibatkan makanan dan kesihatan pengguna.

Katanya, selain ais kiub dia juga bimbang dengan penggunaan ais batu ketul termasuk yang dibuat sendiri di rumah untuk membuat ais batu campur.

“Saya ada melihat peniaga membuat ais batu sendiri dan hanya menggunakan air paip tanpa ditapis dan dibekukan dalam bekas tin yang sudah berkarat dan tidak dibasuh,” katanya.

Kosmo! semalam melaporkan, pengguna melahirkan kebimba­ngan terhadap ais kiub yang digunakan di kedai makan sama ada bersih atau dicemari bakteria. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI