fbpx

571 peserta dari 31 negara sertai Hari Perniagaan Sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Yunus (tiga dari kanan) bersama Pengasas AiU, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary (dua dari kanan) selepas merasmikan Hari Perniagaan Sosial 2023 di Pelangi Beach Resort & Spa di Pantai Chenang, Langkawi semalam.

LANGKAWI – Seramai 571 peserta dari 31 negara menyertai Hari Perniagaan Sosial 2023 ke-13 anjuran badan pemikir, Yunus Centre Bangladesh dan Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) yang julung kali diadakan di negara ini selama dua hari bermula semalam.

Pengerusi Yunus Centre Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus berkata, program tersebut mengetengahkan tema Perang, Keamanan dan Ekonomi: Masa Depan Manusia.

“Tetamu, pakar dan pemikir dari seluruh dunia akan berkumpul bagi mengupas isu berkaitan konflik, pembangunan ekonomi dan keamanan global yang memfokuskan kepada membentuk masa hadapan lebih makmur.

“Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai konsep perniagaan sosial dan a ‘World of Three Zeroes serta potensinya untuk menangani cabaran sosial dan alam sekitar,” katanya pada program tersebut.

Menurutnya, program berkenaan juga menjadi platform perkongsian maklumat seterusnya membuka peluang kepada peserta bagi menjalankan perniagaan sosial yang berjaya.

Beliau yang juga penerima Anugerah Nobel Keamanan pada 2006 memberitahu, program yang dijalankan secara tahunan sejak tahun 2010 itu dibuat dengan kerjasama AiU.

Jelasnya, program itu diharapkan dapat memberikan inspirasi kepada individu untuk bergiat lebih aktif dalam perniagaan yang berasaskan kepentingan sosial serta dapat menyumbang kepada perubahan sosial lebih positif.

Seramai 61 pakar daripada bidang kepakaran masing-masing membuat perkongsian sepanjang program berkenaan termasuk beliau sendiri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI