fbpx

24,000 liter diesel seludup dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Diesel yang dirampas dalam serbuan ke atas dua stor penyimpanan minyak di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce.

SIBU – Sebanyak 24,000 liter diesel seludup dirampas hasil serbuan ke atas dua stor penyimpanan minyak itu di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, rampasan dianggarkan bernilai RM177,620 itu dibuat oleh Pasukan Polis Marin Wilayah 5, Sibu menerusi Op Taring Kontraban kira-kira pukul 9.30 pagi semalam.

“Diesel yang dirampas itu disyaki disimpan tanpa lesen dan permit yang sah daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah pasukan serbuan turut merampas dua buah kenderaan Toyota Hilux dan lori yang digunakan untuk menjalankan kegiatan terbabit.

Pada masa sama, Zulkipli berkata tangkapan juga berjaya dibuat ke atas dua lelaki warga tempatan berumur 39 dan 55 tahun, yang dipercayai terbabit dalam kegiatan haram itu.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan tangkapan serta rampasan diserahkan kepada pihak KPDN Bahagian Sibu untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI