fbpx

[VIDEO] Saya sedar tapi, inilah diri saya yang sebenar – Alya Iman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALYA IMAN

KUALA LUMPUR – “Saya terima dan tahu impak berpakaian begini akan dikecam”.

Demikian respons pelakon Alya Iman yang tampil seksi ketika menghadiri sidang media Anugerah Telenovela di ibu negara, semalam.

Bagaimanapun, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu tetap dengan pendirian ingin menonjolkan dirinya yang sebenar.

Dalam masa sama, Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 22, berharap orang ramai dapat menerima penampilan terkininya.

“Saya fikir ini ialah diri saya yang sebenar. Saya sukakannya dan berharap orang dapat menerima perubahan ini dengan hati terbuka,” katanya kepada Kosmo! Online selepas majlis tersebut.

Ditanya sama ada Alya memberikan tumpuan kepada komen dalam media sosial, dia akui tetap membaca walaupun sudah dilarang.

“Ramai orang cakap jangan baca komen tetapi saya tetap buat. Kadang-kadang ada yang bagi kesan tetapi lama-kelamaan rasa lali.

“Paling utama saya dikelilingi ramai individu positif yang selalu memberikan semangat,” ujarnya.

Semalam, pelakon Ku Punya Hati itu tampil mengayakan gaun hitam tanpa lengan dengan ditemani abangnya.

Sebelum ini, Alya mengejutkan ramai apabila tampil tidak bertudung ketika sambutan 1 Syawal lalu.

Tindakan tersebut dilakukan atas sebab aktres itu tidak mahu hipokrit dan ingin menonjolkan dirinya sendiri. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI