fbpx

[VIDEO] Lafaz cerai Hafidz-Shuhada berlaku sekali atau dua kali – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keputusan sama ada Hafidz dan isteri bercerai kemungkinan besar akan berlaku hari ini.

SHAH ALAM – “Hari ini kita akan dapat keputusan pengesahan lafaz cerai sama ada sekali atau dua kali.”

Itu kata peguam syarie mewakili pelakon Hafidz Roshdi, Datuk Akberdin Abd Kadir tentang status kemelut rumah tangga antara pelakon itu dengan isteri, Nurul Shuhada.

Hafidz Roshdi, 29, tiba di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam bagi proses pengesahan lafaz cerai kira-kira pukul 9.11 pagi tadi dalam keadaan tenang menggayakan sut serba hitam.

Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi itu berharap segalanya akan selesai dengan baik hari ini.

“Insya-Allah segalanya akan selesai dengan baik,” katanya ringkas kepada Kosmo! Online.

Akberdin turut memaklumkan, pihak Hafidz berpendirian lafaz cerai dilakukan hanya sekali iaitu 22 Februari manakala pihak Shuhada mendakwa lafaz cerai telah berlaku sebanyak dua kali.

Sementara itu, Shuhada tiba di mahkamah lebih awal dengan busana serba putih sambil ditemani peguamnya sekitar pukul 9.10 pagi.

Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan pengesahan lafaz cerai hari ini di hadapan Hakim Syarie, Siti Rahmah Hussin.

Sebelum ini, peguam syarie mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff memaklumkan, terdapat lafaz cerai di luar mahkamah yang didakwa berlaku sebanyak dua kali.

Sementara itu, Nurul Shuhada mendakwa suaminya ada melafazkan cerai melalui aplikasi WhatsApp pada Januari.

Pelakon drama rantaian, Tundukkan Playboy Itu turut dilaporkan melafazkan cerai kepada Shuhada melalui panggilan telefon di hadapan keluarga masing-masing kali kedua 22 Februari lalu.

Shuhada memfailkan proses pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 28 Februari lalu.

Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Kemelut rumah tangga mereka menjadi bualan ramai selepas mendakwa diganggu pihak ketiga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI